Papan PemukaLaman Utama KepentinganPuncaKesanLangkah

Selamat Datang!


Selamat Datang.
Blog ini telah dibina pada 13 Mac 2013 untuk Pertandingan Membina Blog tentang tajuk "Alam Sekitar" atau "Koperasi" sempena Bulan Bahasa SMK Tun Perak, Jasin, Melaka. Untuk melihat paparan terbaik, sila guna pelayar Google Chrome. Harap maklum, terima kasih.

Thursday, 14 March 2013

Udara

Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini, seperti udara yang kita hirup. Namun, ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto.

Sebagai peserta, Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan peghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.

  • Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
  • Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
  • Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.
  • Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
  • Jangan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
  • Elakkan pembakaran secara terbuka.

No comments:

Post a Comment